SPRM Kemukakan Notis Rayuan Kes Bekas KP Imigresen

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Jumaat membebaskan bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don atas tuduhan rasuah.

SPRM, melalui satu kenyataan di sini, berkata walaupun menghormati keputusan mahkamah tetapi SPRM yakin bahawa "kes itu adalah kes yang kukuh".

"SPRM akan meminta Bahagian Perundangan dan Pendakwaan untuk memfailkan notis rayuan berhubung keputusan kes tersebut hari ini.

"Tiada sebarang alasan lisan atau alasan bertulis diberikan oleh Mahkamah Sesyen berhubung keputusan tersebut," menurut kenyataan itu.

Hakim Rosbiahanin Arifin membebaskan Wahid, 57, daripada tuduhan menerima rasuah berjumlah RM60,000 sebagai upah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Wahid didakwa menerima rasuah itu daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Low Chang Hian, pada 10 Julai 2008 sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh untuk memasuki negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan