Bekas YDP Majlis Daerah Jasin Bebas Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Bekas Yang Dipertua Majlis Daerah Jasin (MDJ) Mustadza Abu Bakar dibebaskan daripada tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat.

Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap tertuduh yang memegang jawatan Yang Dipertua MDJ mulai Januari 2001 hingga Mac 2004.

Mustadza, 56, didakwa cuba mendapatkan suapan sebanyak RM10,000 daripada Zakariah Abu Bakar pada November 2003 di pejabat MDJ.

Mengikut kertas pertuduhan, suapan itu sebagai dorongan bagi menghapuskan denda lewat ekoran kegagalan Syarikat Built Tex Construction Sdn Bhd menyiapkan projek membina medan selera di Merlimau, Jasin.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mustadza dihadapkan ke mahkamah pada 24 Jun tahun lepas dan sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohamad Sa'ad Shukor telah mengemukakan 10 saksi.

Dia diwakili peguam A.Rengganathan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan