Bekas Ketua Pengarah Imigresen Dibebas Daripada Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don atas tuduhan menerima rasuah melibatkan wang berjumlah RM60,000 sebagai upah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh.

Hakim Rosbiahanin Arifin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Wahid, 57, didakwa menerima rasuah itu daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Low Chang Hian, pada 10 Julai 2008 sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh untuk memasuki negara ini.

Wahid didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Off Jalan Duta, pada 10.15 malam hari berkenaan.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 17 Ogos tahun lepas, pihak pendakwaan telah memanggil 40 saksi termasuk bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar, Low dan beberapa ejen pekerja asing.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas mendengar keputusan hakim, Wahid menyatakan rasa syukur atas keputusan tersebut dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan moral kepadanya selepas dituduh di mahkamah.

Wahid yang telah berkhidmat selama 33 tahun dengan perkhidmatan kerajaan, berkata beliau akan kembali bertugas setelah dua tahun berhadapan dengan proses perbicaraan.

Wahid akan menyambut ulang tahun ke-58 kelahirannya pada bulan depan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan