Lepasan Universiti Didakwa Edar Kanabis - Berita Mahkamah | mStar

Lepasan Universiti Didakwa Edar Kanabis

Diterbitkan: Khamis, 14 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Lulusan ijazah pemasaran sebuah universiti tempatan, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan mengedar dadah kanabis, berdepan hukuman hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mohamad Abdul Rahman, 28, yang berasal dari Kampung Bukit Parit, Marang didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 1,400 gram, satu kesalahan mengikut Seksyen 39b(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati.

Tertuduh, yang bekerja sebagai peniaga kain sutera, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 10 pagi, 3 Oktober tahun ini di sebuah rumah di Lot 420, Kampung Tok Jamal, Wakaf Mempelam.

Tertuduh hanya tunduk dan mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof. Tiada pengakuan direkodkan.

Nor Azizah menetapkan 6 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohamad Ramlan Taib.

Media sebelum ini melaporkan polis yang membuat serbuan ke rumah tertuduh pada 3 Oktober lepas menemui dadah bernilai hampir RM100,000 disimpan di dalam bilik.

Hasil siasatan mendapati tertuduh positif dadah jenis sama. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan