Lagi Tarikh Pengurusan Permohonan Habeas Corpus Sultan Ismail Petra

Diterbitkan: Khamis, 14 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Khas telah menetapkan Isnin ini bagi satu lagi pengurusan kes dalam permohonan habeas corpus bagi meminta pembebasan Tuanku Ismail Petra apabila bekas Sultan Kelantan itu dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, pada Mei.

Abdul Rashid Ismail, salah seorang peguam yang mewakili Tuanku Ismail Petra, berkata tarikh itu ditetapkan selepas memaklumkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Ahmad Faizadh Yahaya bahawa beliau memerlukan masa untuk menyemak enam afidavit yang dikemukakan kepada beliau hari ini oleh responden, sebelum memutuskan sama ada untuk menjawab atau tidak afidavit-afidavit itu.

Perkara itu telah ditetapkan bagi pengurusan kes, Khamis di hadapan Ahmad Faizadh di kamar.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili tiga responden yang dinamakan dalam writ itu, iaitu Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia, berkata beliau telah menyerahkan enam afidavit kepada pemohon sebagai jawapan kepada dua afidavit yang difailkan oleh pemohon.

Tarikh pendengaran bagi permohonan habeas corpus itu dijadual pada 21 Oktober.

Tarikh pendengaran ditetapkan semasa tarikh pengurusan kes yang lalu pada 17 September.

Writ itu difailkan pada 7 Mei untuk memohon pembebasan Sultan Kelantan dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan bagi membenarkan baginda mendapatkan rawatan perubatan pilihan baginda. Ia menamakan lima responden. Permohonan itu menamakan Tuanku Ismail Petra sebagai plaintif dan disokong oleh afidavit putera ketiga baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Tuanku Ismail Petra menerima rawatan sakit jantung selama sembilan bulan di Mount Elizabeth Hospital di Singapura sebelum pulang ke Kelantan pada Mac tahun ini. Pada 13 Sept, Tengku Mahkota Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan ayahandanya.

Peguam Adam Abdullah mewakili dua lagi responden iaitu Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengarah HUSM.

Bersama-sama dengan Kamaluddin ialah Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi dan Azizan Md Arshad. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan