Pengawal Keselamatan Edar 25 Kilogram Ganja Dihukum Mati

Diterbitkan: Rabu, 13 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rosnan dihukum gantung selepas disabitkan mengedar lebih 25 kilogram ganja.
Rosnan dihukum gantung selepas disabitkan mengedar lebih 25 kilogram ganja.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, memerintahkan seorang pengawal keselamatan dihukum gantung sehingga mati selepas disabitkan bersalah mengedar lebih 25 kilogram ganja, yang disorokkan di dalam tiga plastik sampah hitam.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosnan Non, 46, selepas berpuas hati bahawa pembelaan tertuduh hanya bersifat penafian semata-mata dan difikirkan selepas kejadian.

“Kegagalan tertuduh untuk memanggil saksi, iaitu rakannya yang dikatakan telah meminjamkan van tersebut menyebabkan dia gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan,” kata Mokhtarudin.

Perbicaraan sebelum ini melibatkan sembilan saksi pendakwaan dan tertuduh yang memberi keterangan secara bersumpah tidak mengemukakan saksi lain bagi menyokong pembelaannya.

Rosnan didakwa mengedar 25,670 gram ganja pada pukul 11.45 malam, 18 Oktober 2008 di dalam van Nissan Serena di Lot 3473-Q, Jalan Bukit Badak, Kampung Melayu Subang, Petaling, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, tertuduh diwakili peguam Rosli Zain.

Keterangan sebelum ini menyatakan, beg plastik yang berisi dadah itu ditemui di bahagian tengah tempat duduk van yang dipandu oleh tertuduh.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan