Wanita Didakwa Beri Komunikasi Lucah

Diterbitkan: Isnin, 11 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang pengurus bertugas kaunter hadapan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Isnin, atas tuduhan memberikan komunikasi lucah terhadap seorang lelaki bagi tujuan komersial dengan menggunakan aplikasi Internet.

Maslina Hashim, 32, didakwa melakukan kesalahan itu di laman web http://3gpmelayu.com terhadap Mohd Fitri Mydin pada pukul 5.30 petang, 23 Jun 2009.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Aras 1, Jabatan Kawalselia Kandungan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Off Persiaran Multimedia, Cyberjaya, Sepang, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SKMM Badius Zaman Ahmad dan Zairulnahar Zakaria mengikut Seksyen 233(2)(s) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Badius Zaman menawarkan jaminan RM10,000 kepada tertuduh memandangkan kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Bagaimanapun Hakim Slamat Yahya membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin diberikan selepas menimbangkan rayuan tertuduh.

Slamat menetapkan 11 November depan sebagai sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan