Warga Bangladesh Dan Pakistan Didakwa Cuba Rasuah Pegawai Rela

Diterbitkan: Jumaat, 8 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang warga Bangladesh dan tiga rakyat Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan memberi rasuah kepada seorang pegawai Rela minggu lepas.

Md Yeasin Sarafat Ali, 24, dari Bangladesh didakwa menawar RM3,000 kepada Rusli Othman sebagai dorongan untuk melepaskan tiga rakannya, Shahalan Abdul Barik, Jahidul Islam dan Muhammad Lokman, daripada tahanan Rela setelah mereka ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Penjual permaidani, Amir Zeb Mah Munir, 37, dari Pakistan, didakwa memberi wang tunai RM1,000 juga kepada Rusli sebagai dorongan supaya pegawai itu melepaskan dua rakannya, Ali Rashid dan Said Ali Shah, daripada tahanan Rela kerana kesalahan serupa.

Md Yeasin didakwa melakukan kesalahan itu dalam surau Pejabat Rela Wilayah Persekutuan di kawasan Jalan Dewan Sulaiman Satu di sini pada 10.15 malam dan 11.50 malam 1 Oktober lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Fadzillah Mohd Osman memohon agar tiada jaminan dikenakan kerana mereka adalah warga asing.

Bagaimanapun beliau mencadangkan jaminan RM20,000 setiap seorang dengan dua penjamin sekiranya mahkamah membenarkannya, selain pasport diserahkan.

Peguam R.Sodhi, yang mewakili Md Yeasin, memohon agar jaminan dikurangkan kepada RM4,000 kerana tertuduh masih lagi belajar, manakala peguam V. Saravanan yang mewakili Amir, juga memohon jaminan rendah kerana anak guamnya hanya berpendapatan RM1,500 sebulan dan perlu menyara tiga orang anak yang masih kecil.

Hakim Rosbiahanin Arifin kemudiannya membenarkan mereka diikat jamin RM20,000 dengan dua orang penjamin rakyat tempatan, pasport mereka diserahkan ke mahkamah dan kedua-dua tertuduh perlu melaporkan diri ke balai polis setiap dua minggu sekali.

Rosbiahanin menetapkan 8 November ini untuk sebutan semula kes.

Di Mahkamah Sesyen yang lain pula di sini, dua peniaga permaidani warga Pakistan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memberi rasuah RM2,500 kepada pegawai Rela yang sama.

Pertuduhan dan pengakuan mereka itu dibuat di hadapan Hakim Rozillah Salleh.

Abdul Waseem Abdul Kareem dan Mohamad Samiee Muhammad Hanif, masing-masing berumur 38, didakwa memberi rasuah kepada Rusli sebagai dorongan untuk melepaskan Md Sadoh Hussin, Muhammad Rashid Muhammad Basyir, Rajawarnaweed, Teti Darnayanti dan Murni Pairan (wanita) daripada tahanan Rela, juga kerana kesalahan tiada dokumen perjalanan sah.

Bagi pertuduhan itu mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tempat dan tarikh yang sama pada 10 malam.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ng Siew Wee yang tidak menawarkan sebarang jaminan kerana melibatkan warga asing, bagaimanapun menyerahkan keputusan kepada budi bicara mahkamah.

Ng juga memohon kebenaran mahkamah agar mereka menyerahkan pasport dan melaporkan diri di balai polis yang berdekatan.

Rozillah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dengan RM10,000 setiap seorang dengan dua penjamin warga tempatan dan melaporkan diri di Balai Polis Dang Wangi dua minggu sekali. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan