Penjual Air Kelapa Edar Dadah Dihukum Mati

Diterbitkan: Jumaat, 8 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penantian seorang penjual air kelapa yang direman selama sepuluh tahun kerana dibicarakan atas tuduhan mengedar lebih 8 kilogram ganja berakhir pada Jumaat, selepas dia dihukum mati.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Zaki Md Yasin menjatuhkan hukuman itu terhadap Nadzari Awang Hamat, 37, selepas menyabitkan dia bersalah seperti pertuduhan yang dihadapi.

Pada penghakimannya, Mohd Zaki berkata pembelaan yang diberikan oleh tertuduh secara bersumpah dan disokong oleh seorang lagi saksi, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah. “Pembelaan yang diberikan oleh tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata,” kata Mohd Zaki.

Perbicaraan melibatkan 10 saksi pendakwaan.

Tertuduh didakwa mengedar 8183.8 gram ganja yang terdiri daripada lapan ketulan mampat pada pukul 1.30 petang, 8 Jun 2000 di kawasan Medan Selera Puchong Perdana, Puchong.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alfred Egin mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukka hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, tertuduh diwakili peguam James George.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan