Pemandu Lori Dipenjara 6 Tahun, 13 Sebatan Miliki Pokok Ganja

Diterbitkan: Jumaat, 8 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan 13 sebatan hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dua pasu tumbuhan jenis ganja dan 11 paket ganja seberat 50.42 gram pada 2008.

Hakim Mahkamah Sesyen Hasbi Hasan memerintahkan tertuduh, K. Saravanan, 33, menjalani hukuman penjara tiga tahun dan tiga kali sebatan bagi tuduhan memiliki tumbuhan jenis ganja.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan maksimum sembilan kali.

Hasbi juga memerintahkan Saravanan menjalani hukuman penjara enam tahun dan 10 sebatan bagi kesalahan memiliki ganja seberat 50.42 gram mengikut Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan minimum 10 kali.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Seksyen BB18, Bukit Beruntung, Hulu Selangor, pada 12.40 tengah malam, 2 April 2008.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman itu secara serentak berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap.

Tertuduh diwakili peguam K. Theivaendran manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Noora Nisa Ngadirin. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan