Dua Rakan Karib Dipenjara Lapan Tahun Sebabkan Kematian Pekerja Akuaria KLCC

Diterbitkan: Jumaat, 8 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua rakan karib yang bekerja sebagai tukang masak masing-masing dihukum penjara lapan tahun setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan menyebabkan kematian seorang pekerja Akuaria di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha memerintahkan kedua-duanya yang bekerja di sebuah hotel di Genting Highlands, Pahang ketika kejadian, menjalani hukuman tersebut mulai tarikh mereka ditangkap.

Anwar Imran Mohd Nasir dan Mohd Khairul Azim Anuar, kedua-duanya berusia 27 tahun, masing-masing ditahan pada 16 dan 17 Julai 2008.

Mereka pada awalnya menghadapi tuduhan membunuh Wan Hazlan Wan Mohd, 23, tetapi menukar pengakuan Rabu lalu setelah pihak pendakwaan menawarkan tuduhan pilihan, di mana pihak pendakwaan memanggil lapan saksi sejak permulaan perbicaraan kes tersebut pada 11 Mac lalu.

Anwar Imran dan Mohd Khairul didakwa melakukan kesalahan tersebut, di satu lokasi antara kawasan KLCC, Jalan Ampang di sini sehingga di tepi jalan di hadapan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Hulu Yam Bharu, Batang Kali, Selangor kira-kira pukul 11 malam pada 15 Julai 2008 hingga pukul 2 pagi hari berikutnya.

Ghazali, dalam penghakimannya berkata, fakta kes jelas menunjukkan perselisihan faham antara kedua-dua tertuduh dengan si mati bukanlan sesuatu yang tidak boleh diselesaikan.

"Mahkamah telah mengambil kira keinsafan mereka dan mereka bukan berniat untuk membunuh mangsa tetapi mereka telah mengambil tindakan melampaui batasan dan undang-undang memperuntukkan mereka harus dihukum atas tindakan yang telah menyebabkan nyawa seorang yang tidak berdosa hilang," kata beliau.

Mengikut fakta kes, kedua-dua tertuduh telah pergi ke KLCC menaiki sebuah kereta sebelum mengajak Wan Hazlan menaikinya, dan melihat isi kandungan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) pada telefon bimbitnya sebelum penyerangnya.

Setelah itu, Wan Azlan ditarik keluar dari kereta itu di Hulu Yam Bharu sebelum kedua-dua menumbuk dan menendang mangsa.

Mohd Khairul kemudian membawa Wan Hazlan ke Hospital Tawakal di sini dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum meninggal dunia disebabkan kecederaan di bahagian kepala.

Anwar diwakili peguam M. Athimulam dan M. K Thas, manakala peguam Rosal Azimin Ahmad mewakili Mohd Khairul.

Timbalan pendakwa raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar mewakili pihak pendakwaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan