Abu Mayat Mualaf Perlu Diuruskan Mengikut Hukum Syarak - Mahkamah

Diterbitkan: Jumaat, 8 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah hari ini memutuskan bahawa seorang lelaki mualaf yang meninggal dunia di sini Rabu lalu adalah seorang beragama Islam dan abu mayatnya perlu diuruskan mengikut hukum syarak.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan dari peguam Zulkifli Che Yong yang mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

MAIWP mengemukakan permohonan ex-parte untuk menentukan status agama Brian Eustace Steel @ Steele Shah Abdullah, 56, seorang bangsa Eurasian, yang meninggal dunia akibat 'septicaemic shock' (keracunan darah).

Lelaki tersebut, seorang operator pengeluaran, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pada Rabu lalu dan mayatnya dibakar semalam di krematorium di Jalan Kuari di sini, mengikut upacara Kristian.

Abunya kini disimpan di Bahagian Kawalan Pembersihan Bandar, Jabatan Seni Taman dan Kawalan Pembersihan Bandar, DBKL.

MAIWP menamakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai responden.

Mohd Amran dalam penghakiman ringkasnya berkata afidavit MAIWP membuktikan Brian telah memeluk agama Islam pada 20 Ogos 1975 dan melafazkan dua kalimah syahadah di MAIWP.

"Oleh itu, arwah hendaklah dikebumikan atau diuruskan mengikut kehendak agama Islam dan hukum syarak. Selain itu, pihak yang dipertanggungjawab menjaga abu arwah diminta menyerahkan abu berkenaan kepada MAIWP di samping pihak polis juga diarahkan untuk mengawasi sepanjang proses tersebut," katanya.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu, Zulkifli memberitahu bahawa pengurusan abu arwah akan dilakukan pada pukul 10 pagi esok. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan