Tiga Lelaki Dipenjara 32 tahun Kelar Leher Remaja

Diterbitkan: Rabu, 6 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tiga lelaki yang menganggur, masing-masing dikenakan hukuman penjara 32 tahun kerana menyebabkan kematian sepasang kekasih remaja dengan menikam mereka di perut dan mengelar lehernya setelah merompak mereka, enam tahun lepas.

Ketiga-tiga lelaki itu, V. Prabu, 25, V. Murugan, 25, dan P. Prakash, 23, gagal dalam rayuan mereka untuk dihukum masing-masing 16 tahun bagi dua pertuduhan kerana kesalahan bukan berniat untuk membunuh, berjalan secara serentak.

Tiga panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang sebulat suara menolak rayuan ketiga-tiganya berkata, mereka tidak akan mengganggu perintah Mahkamah Rayuan itu bahawa mereka akan menjalani hukuman tersebut secara berturutan.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin mendesak agar mahkamah itu tidak mengganggu perintah Mahkamah Rayuan memandangkan kesalahan yang dilakukan mereka adalah berat yang beliau sifatkan sebagai kejam dan terkutuk.

Beliau berkata, ketiga-tiga mereka yang ketika itu adalah juvana telah menerkam mangsa yang berada di dalam sebuah kereta di Taman Meranti, Bahau, Negeri Sembilan.

Saiful Edris berkata, perayu telah menarik keluar Puk Chia Wen dari kereta itu ke sebuah kawasan tangki air, mengarah dan merompak telefon bimbit serta cincin lelaki itu sebelum menikamnya di perut dan mengelar tekak beliau.

Beliau berkata, ketiga-tiga lelaki itu kemudian ke kereta tersebut dan menolak Chong Pui Wan ke tempat duduk belakang kereta dan memandu kereta berkenaan ke sebuah tempat di Terusan, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan di mana mereka dirompak, ditikam di perut dan mengelar lehernya.

Katanya, memang ada rancangan untuk merompak dan senjata merbahaya, sebilah pisau rambo digunakan, sambil menambah ketiga-tiganya mempunyai dua rekod kesalahan berasingan terhadap dua orang.

Perayu pada mulanya dituduh bersama kerana membunuh tetapi mereka mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan dikurangkan atas kesalahan bukan berniat untuk membunuh yang ditawarkan oleh pendakwaan.

Pada 24 November, 2008, Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhkan hukuman, masing-masing 16 tahun terhadap mereka yang dijalankan secara serentak tetapi rayuan yang dikemukakan oleh pendakwaan, Mahkamah Rayuan pada 10 Mac tahun ini, memerintahkan ketiga-tiganya menjalani hukuman penjara secara berturutan.

Ketiga-tiga lelaki itu dituduh atas kesalahan bukan berniat untuk membunuh Puk, 19, di sebuah kawasan tangki air di Taman Meranti, Bahau, Negeri Sembilan antara pukul 12.30 pagi dan 2.15 pagi pada 28 Julai 2004.

Mereka mengaku bersalah pada pertuduhan kedua kerana menyebabkan kematian Chong, 18, di Terusan, Mukim Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan antara pukul 12.30 pagi dan 7.40 pagi pada hari yang sama.

Peguam ketiga-tiga lelaki Amicus Curiae Darryl Goon memberitahu mahkamah bahawa itu adalah harapan terakhir mereka untuk pulang ke pangkuan masyarakat.

Beliau berkata, kesalahan yang dilakukan adalah salah satu daripada transaksi berterusan di mana mahkamah itu hendaklah memerintahkan agar tempoh hukuman penjara mereka berjalan secara serentak tetapi dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi menunjukkan kesalahan yang dilakukan adalah serius. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan