Penganggur Dan Pelayan Dipenjara Dua Tahun Kerana Menyamun

Diterbitkan: Rabu, 6 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dan pelayan sambilan hari ini masing-masing dikenakan penjara 28 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menyamun barangan milik seorang pelajar, tahun lepas.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Sayed Zukinai Sayed Ab Aziz, 43, (penganggur) dan Mohd Nasir Satapa, 36, (pelayan sambilan) selepas mereka menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mereka didakwa menyamun beg sandang berwarna hitam yang antaranya mengandungi wang tunai RM500 dan sebuah telefon bimbit milik Abdul Aziz Mahmud, 19, di Jalan Segambut Bahagia Tambahan berdekatan stesen Komuter Segambut Jinjang, di sini pada 7 malam, 5 Disember 2009.

Untuk kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan serta dibaca bersama di bawah Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Mengikut fakta kes, pada 7 malam, 5 Dis tahun lepas, ketika mangsa sedang berjalan berdekatan stesen itu, sebuah kereta jenis Proton Gen 2 berwarna merah yang dinaiki dua lelaki menghampirinya.

Selepas itu, suspek turun dari kereta dan meminta kad pengenalan Abdul Aziz serta beg sandang yang dipakai mangsa, sebelum terus menarik beg itu dan terus melarikan diri.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkifli manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan