Pemandu Teksi Dan Peniaga Didakwa Larikan Warga Bangladesh

Diterbitkan: Rabu, 6 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pemandu teksi dam seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Rabu, atas tuduhan melarikan seorang lelaki warga Bangladesh, kira-kira dua minggu lalu.

Pengakuan Mohd Azhar Kamaruddin, 39, Mohamad Zainal Othman, 35, dan Mohd Haikal Mohd Nor, 35, direkodkan di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaluddin.

Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Saepul Eslam, 25, dengan niat hendak menyebabkan dia dikurung secara salah pada pukul 4 petang, 28 September lalu di perhentian bas Bukit Jalil, dekat sini.

Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura Zainal Abidin mengendalikan pendakwaan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam P.Chandra yang mewakili semua tertuduh memohon supaya mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan jaminan terhadap tertuduh.

“Semua tertuduh merupakan penanggung tunggal keluarga masing-masing,” tambah beliau.

Ahmad Kamar bagaimanapun bersetuju dengan Aidatul Azura yang tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh dan menetapkan kes disebut semula pada 23 November depan.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan