Pegawai Khas Ronnie Liu Kekal Bebas Tuduhan Pecah Amanah

Diterbitkan: Selasa, 5 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu, Wong Chuan How kekal bebas daripada tuduhan pecah amanah selepas Mahkamah Tinggi di sini Selasa, mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskannya tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan tersebut.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan alasan penghakiman yang dibuat oleh Hakim Mat Ghani Abdullah pada 26 April lalu.

“Saya telah membaca alasan penghakiman dan bersetuju dengan alasan Hakim Sesyen yang telah menilai keterangan semua saksi termasuk kredibiliti saksi pendakwaan kedua, iaitu ketua kampung dan ketua parti politik, Mohd Zaini Abdul Rahman selaku saksi ketiga.

“Dalam alasan penghakiman Hakim Sesyen, kredibiliti saksi pendakwaan ketiga adalah dicabar dan mahkamah tidak mempercayai saksi tersebut. Pada keseluruhannya, saya bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh Hakim Sesyen,” katanya.

Sehubungan itu, Asmabi menolak rayuan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ng Siew Wee.

Rayuan itu difailkan selepas Wong, 51, dibebaskan daripada tuduhan melakukan pecah amanah membabitkan cek bernilai RM2,500 iaitu wang peruntukkan menganjurkan program gotong-royong dan ramah mesra Kampung Baru Lanjut, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek, dekat sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 30 Julai dan 16 September 2008 di Pejabat Daerah Sepang, dekat sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Wong semasa ditemui meluahkan rasa gembira terhadap keputusan itu. Dia diwakili peguam Imran Hadzalie Abdul Hamid.

“Saya tidak mempunyai niat untuk menipu dan melakukan pecah amanah. Saya hanya melaksanakan tanggungjawab saya,” katanya.

Dia juga telah dibebaskan daripada tuduhan mengemukakan borang peruntukkan dan invois palsu bagi pembekalan 2,500 unit bendera kereta yang bernilai RM2,500.

Bagaimanapun, dia masih mempunyai satu lagi kes iaitu bagi tuduhan melakukan pecah amanah melibatkan cek bernilai RM5,000 yang akan dibicarakan pada 13 dan 14 Disember depan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan