Mahkamah Tinggi Mahu Sapina Pengarah Syncrosound Records

Diterbitkan: Selasa, 5 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Isnin, mengarahkan seorang peguam yang mewakili syarikat rakaman, Syncrosound Records Label Music Sdn Bhd (Syncrosound) untuk menyerahkan alamat terkini pengarah syarikat tersebut dalam kes yang membabitkan penyanyi, Annuar Zain.

Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Nadzia Abdul Aziz mengeluarkan perintah itu terhadap Max Young bagi membolehkan mahkamah mengeluarkan sapina terhadap Efeida Mohd Effendi dan Elyana Effendi Mohamad Effendi untuk hadir ke perbicaraan mentafsir ganti rugi yang wajar diterima oleh Annuar.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili Annuar, 40, atau nama sebenarnya, Shahrul Annuar Zain. Mahkamah menetapkan 20 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 14 Mei lalu, mahkamah membenarkan tuntutan saman oleh adik kepada Ziana Zain itu terhadap Syncrosound.

Bagaimanapun, jumlah ganti rugi tidak ditetapkan kerana belum ditafsirkan.

Sebelum ini, Syncrosound memfailkan saman terhadap Annuar pada 21 April 2006 kerana mendakwa dia telah memungkiri janji apabila menamatkan kontrak tanpa merakamkan tiga buah album lagi dengan syarikat tersebut.

Annuar memfailkan tuntutan balas dan pembelaan pada 20 Jun tahun yang sama dan mendakwa dia dan Syncrosound seharusnya merakam dan mengeluarkan sebuah album sahaja, tetapi syarikat tersebut telah melibatkannya dalam lebih daripada dua buah album.

Penyanyi lagu Perpisahan dan Lelaki Ini tersebut juga mendakwa, syarikat itu tidak pernah memberikan sebarang butiran atau penyata mengenai penjualan album-album seperti yang dikehendaki dalam perjanjian.

Dakwanya lagi, sejak 23 Februari 2001, dia hanya menerima pembayaran royalti hasil penjualan album sebanyak RM2,000 sahaja.

Pada 27 Disember 2007, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Siti Aishah Ab Rashid membatalkan saman Syncroound.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan