Bunuh Pengasuh, Budak: Bekas Konstabel Dihukum Gantung

Diterbitkan: Selasa, 5 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Setelah tujuh tahun menunggu, bekas Setiausaha Umno Bahagian Klang, dekat sini, Shohimi Shafie akhirnya melepaskan geram ke atas bekas konstabel polis yang didakwa membunuh anaknya dengan menumbuk dada lelaki tersebut.

Kejadian berlaku semasa Mohd Nahar Abu Bakar, 34, dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi di sini Selasa, di mana dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh anak Sohimi dan juga pengasuh kanak-kanak itu.

Shohimi yang sedang ditemu ramah oleh media, tiba-tiba menumbuk dada Mohd Nahar yang bergari di belakang dan dikawal oleh dua anggota polis mahkamah untuk di bawa turun ke lokap.

“Kurang ajar!” jerit Shohimi, 42, ke arah Mohd Nahar yang turut digelarnya sebagai pembunuh budak.

Mohd Nahar yang pernah berkhidmat di Ibu Pejabat Daerah Lumut, Perak hanya menundukkan kepala.

Terdahulu, Hakim Mohd Yazid Mustafa menyabitkan Mohd Nahar bersalah atas tuduhan membunuh Muhammad Nurosama Shohimi, dua tahun setengah dan Siti Rohana Baharom, 34, pada pukul 1 petang, 30 Disember 2003. Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah Siti Rohana di B-5-19, Flat Cempaka, Bandar Baru Klang, Klang.

Muhammad Nurosama ditikam dua kali di belakang badan semasa sedang menonton televisyen manakala Siti Rohana ditikam sekali di dada. Semasa mayat ditemui, Siti Rohana masih mengenggam wang sebanyak RM21.

Tertuduh yang melarikan diri hanya ditangkap enam tahun selepas kejadian kerana cukai jalan keretanya tamat tempoh dan didakwa kali pertama di Mahkamah Majistret Klang pada 20 Oktober 2009.

Pada penghakimannya, Mohd Yazid menolak pembelaan tertuduh yang mendakwa tidak pernah naik ke rumah itu, sebaliknya pergi ke tempat kejadian bagi berjumpa rakannya, Wan Gemuk untuk menghisap dadah di kawasan pembuangan sampah flat itu.

“Saya berpuas hati dengan keterangan bahawa tertuduh adalah orang yang telah masuk ke dalam flat dan turun kembali ke kereta.

“Sebelum tertuduh naik semula ke flat, tertuduh telah arahkan Normah Jantan (teman wanitanya dan juga sepupu kepada Siti Rohana) menghidupkan enjin kereta dan pergi ke tempat letak barang dan mengambil pisau Rambo serta naik semula ke flat,” katanya.

Beliau juga berpuas hati dengan keterangan anak perempuan Normah yang dijaga oleh Siti Rohana, Siti Aishah yang melihat tertuduh menikam mangsa dan melarikan diri.

“Saya juga berpuas hati tertuduh mempunyai niat untuk membunuh berdasarkan kepada kecederaan yang dialami mangsa kerana bilangannya banyak dan tikaman juga dalam,” tambah Mohd Yazid.

Justeru itu, beliau memutuskan bahawa tertuduh yang hanya tamat pelajaran sekolah menengah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Perbicaraan melibatkan 17 saksi pendakwaan dan tertuduh tidak mengemukakan saksi lain semasa membela diri.

Mohd Nahar yang diwakili peguam Amir Khusyairi Mohd Tanusi tidak menunjukkan sebarang reaksi semasa hukuman dijatuhkan, berbeza dengan keluarga mangsa yang dilihat berpelukan sesama sendiri.

Semasa ditemui, Shohimi, 42, yang kini merupakan Pegawai Khas Hal Ehwal Agama kepada Pengerusi Naza Group meluahkan rasa syukur kerana penantian mereka sekeluarga telah berakhir.

“Saya dah reda dan Alhamdulillah hukuman yang dijatuhkan adalah betul. Saya amat berpuas hati kerana penjenayah yang mengambil dua nyawa termasuk anak saya yang kecil dihukum. Terima kasih kepada polis yang berjaya menangkap penjenayah walaupun selepas enam tahun,” katanya.

Shohimi juga gagal menahan kesedihan dan terus menangis. Turut hadir ialah isterinya, Hamidah Harun, 40, yang turut mengesat air mata. Pasangan itu mempunyai empat orang anak , yang mana mangsa merupakan anak ketiga dan bongsu semasa kejadian.

Turut berada di mahkamah ialah abang sulung kepada Siti Rohana, Abdul Wahab Shafie, 47, yang memberitahu mangsa adalah anak keempat daripada sepuluh beradik.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan