Dua Sahabat Dihukum Gantung Kerana Edar Heroin, Morfin

Diterbitkan: Isnin, 4 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas dua sahabat kerana mengedar dadah jenis heroin seberat 50.3 gram dan morfin seberat 7.4 gram, tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Nurmala Salim membuat keputusan itu selepas mendapati P.Pathmanathan, 28, dan Bernard Louga Edward, 29, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Nurmala berkata pembelaan yang dikemukakan kedua-dua tertuduh bersifat penafian semata-mata.

Selain itu, beliau berkata mereka juga tampak seperti mereka-reka cerita supaya setiap keterangan yang diberikan, sama dengan apa yang terkandung dalam fakta kes.

Pathmanathan, seorang pengimpal dan Louga, seorang penternak kambing, didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan rehat Juru pada 11.30 malam, 26 Feb 2007.

Mereka dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

Pathmanathan diwakili peguam Datuk Haniff Hashim dan Louga oleh peguam RSN Rayer, manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim dan G.Jaya Prem.

Selepas prosiding kes itu selesai, kedua-dua tertuduh yang memakai kemeja T putih dan berseluar jeans biru bertemu anggota keluarga masing-masing dan dilihat saling menangis sambil berpelukan.

Seorang wanita, dipercayai ibu Pathamanathan, dilihat jatuh pengsan sewaktu mengekori anaknya itu yang dibawa oleh beberapa anggota polis untuk dihantar semula ke penjara.

Wanita itu kemudiannya ditenangkan oleh beberapa anggota keluarga yang lain dan didudukkan di atas kerusi roda. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan