Tertuduh Jet Pesawat Mohon Soal Balas Mejar TUDM

Diterbitkan: Jumaat, 1 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sarjan N.Tharmendran yang didakwa bersubahat mencuri dua enin pesawat F-5E milik Tentera Diraja Udara Malaysia (TUDM) mengemukakan permohonan notis usul untuk menyoal balas dua Mejar TUDM berhubung dakwaan penyeksaan yang dialaminya semasa ditahan.

Permohonan itu didengar di Mahkamah Tinggi di sini Jumaat, dan peguam Latheefa Koya memberitahu, dua Mejar tersebut adalah Pegawai Staf 1 Siasatan di Jabatan Arah Provos Marsyal TUDM, Mejar Ismail Omar dan Pegawai Staf 2, Mejar Norazan Md Amin.

Menurut Latheefa, permohonan tersebut adalah penting memandangkan terdapat percanggahan berhubung dakwaan seksaan pada afidavit yang diikrarkan oleh Tharmendran dengan Ismail dan Norazan.

Tharmendran, 42, selaku pemohon mendakwa telah diseksa dan dakwaan ini disokong oleh rakannya, Intan Yusof, 46, yang mendakwa melihat kejadian seorang tahanan diseksa semasa melawat pemohon di penjara.

Ismail dan Norazan yang didakwa melakukan serangan tersebut pula menafikan dakwaan tersebut.

“Persoalannya, siapakah yang bercakap benar? Kebenaran ini hanya boleh diketahui jika kedua-dua Mejar tersebut dipanggil ke mahkamah untuk disoal balas,” kata Latheefa.

Selain itu, Latheefa juga berkata, keputusan berhubung permohonan itu penting bagi permohonan utama pihaknya, iaitu untuk menggantung atau membatalkan pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat.

"Dakwaan yang dibuat adalah sangat serius dan menjejaskan secara langsung prosuder dan sistem jenayah negara. Maka untuk tujuan intergriti sistem tersebut, penting untuk kita mendapatkan kebenaran menerusi soal balas,” tambahnya.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof yang mewakili Pihak Pendakwaan selaku responden membantah permohonan itu atas alasan soal balas boleh dibuat pada perbicaraan kelak.

"Jika dibenarkan dua Mejar tersebut disoal balas, ia akan menyukarkan pihak pendakwaan kerana mereka yang berpotensi sebagai saksi akan dipanggil dua kali.

"Ini diburukkan lagi apabila pemohon tidak menyatakan secara spesifik bahagian yang ingin disoal balas,” katanya.

Ishak juga merujuk kepada afidavit yang diikrarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir bertarikh 22 September lalu yang menyatakan bahawa dakwaan diseksa tidak mempengarahui pertuduhan terhadap Tharmendran.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad menetapkan keputusan permohonan akan dibuat pada 29 Oktober ini memandangkan beliau ingin melakukan penyelidikan terlebih dahulu.

Pada 6 Januari lalu, Tharmendran didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, dekat sini atas tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Yusop untuk mncuri dua enjin pesawat F5 Jenis J85-21 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi, dekat sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 30 April 2008 dan jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Tharmendran hadir di mahkamah bersama bapanya, N. Nagarajah, 71, kerana telah dijamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum ini, Tharmendran mengejutkan banyak pihak pada 19 Julai lalu kerana memilih untuk kembali ke Penjara Sungai Buloh, dekat sini selepas mahkamah menolak permohonannya untuk mendapatkan perintah perlindungan interim bagi menghalang TUDM daripada menahannya.

Seorang lagi peguam Tharmendran, N. Surendran memberitahu jaminan itu telah dijelaskan baru-baru ini kerana anak guamnya mahu berada di sisi bapanya yang sudah tua.

“Dia (Tharmendran) sanggup mengambil risiko. Dia kini bersembunyi di lokasi yang dirahsiakan,” tambah Surendran.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan