Penganggur Didakwa Cedera Penyelia Restoran

Diterbitkan: Jumaat, 1 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalahdi Mahkamah Majistret di sini Jumaat, atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang penyelia restoran dengan menggunakan sebilah pisau cukur dan gagal menunjukkan kad pengenalan pada Selasa lepas.

Teo Swee Mu, 32, dari Kampung Baru, Selangor didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada warga Nepal, Jitman Limbu, 36, dengan menggores pisau cukur di dahi mangsa di restoran The Gurkhas Lojeena Global Sdn Bhd, No. 27, Tingkat 1, Jalan Tun Tan Siew Sin, Dang Wangi di sini pada pukul 4.30 petang, 28 Sept lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda, dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

Teo, yang tidak diwakili peguam, turut menghadapi pertuduhan lain iaitu gagal menunjukkan kad pengenalan atau sebarang dokumen pengenalan sementara kepada pegawai polis Safian Shahadan untuk pemeriksaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Peraturan 7 (1) dan boleh dihukum mengikut Peraturan 25 (1) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda minimum RM3,000, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ahmad menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan.

Majistret Hafizza Sauni membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 2 November depan untuk sebutan kes. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan