Tujuh Pelabur Rumpai Laut Failkan Tuntutan RM26 Juta - Berita Mahkamah | mStar

Tujuh Pelabur Rumpai Laut Failkan Tuntutan RM26 Juta

Diterbitkan: Khamis, 30 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Tujuh pelabur perniagaan rumpai laut yang mendakwa ditipu dan diperdayakan untuk melabur dalam perniagaan itu sejak 2007, hari ini memfailkan tuntutan sivil di Mahkamah Tinggi di sini untuk mendapatkan semula wang pelaburan berjumlah hampir RM26 juta.

Tuntutan itu dikemukakan oleh P. William Rajah, 34, Chong Pek Kuon, 36, R. Edwin, 48, Abu Bakar Maidin, 52, S. Nathan, 56, M. Gunaballan, 58, dan P. K Pathmanathan, 58, yang bertindak selaku plaintif.

Kesemua plaintif mendakwa mewakili 2,000 pelabur berbilang kaum di Perak yang menanggung kerugian selepas melabur dalam perniagaan terbabit yang dijalankan di Semporna, Sabah.

Plaintif menamakan enam pihak termasuk empat syarikat iaitu Fresh Palms Sdn Bhd, A K United Sdn Bhd, Genuine Starlight Sdn Bhd dan Loyal Sunrich Sdn Bhd serta dua individu, P.G.P Nathan, 39, iaitu Pengarah Genuine Starlight dan Loyal Sunrich dan Choi Kok Peng, 45, Lembaga Pengarah di Fresh Palms dan A.K United, sebagai defendan.

Tuntutan difailkan melalui Tetuan N.P Ramachandran & Assc di pejabat Pendaftar mahkamah hari ini.

Plaintif mendakwa mereka telah diyakini oleh defendan melalui representasi dan telah melabur sejumlah RM25,826,800 dari Februari 2007 hingga Novemver 2008.

Plaintif menuntut defendan membayar semula wang pelaburan berjumlah RM25,826,800, faedah sebanyak lapan peratus daripada jumlah pelaburan, kos serta lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan