Mahkamah Tinggi Tolak Tuntutan Doktor

Diterbitkan: Khamis, 30 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Khamis, menolak tuntutan yang dibuat oleh seorang doktor terhadap majikannya selepas dipecat kerana didakwa memalsukan sijil kelayakan perubatan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop membuat keputusan itu selepas mendapati plaintif, Dr Nursyirwan Mohd Syukur gagal membuktikan tuntutan samanya terhadap Dr Zulkafperi Hanafi.

Pada penghakimannya, beliau juga membenarkan tuntutan saman balas yang dikemukakan Zulkafperi selaku defendan.

Beliau memerintahkan supaya plaintif membayar kos ganti rugi yang akan ditafsirkan kemudian.

Plaintif memfailkan saman itu pada Mac 1999 kerana mendakwa diberhentikan kerja pada 12 Ogos 1996 tanpa diberikan alasan bertulis dan turut mendakwa defendan telah menyebarkan surat kepada beberapa badan professional dan orang ramai yang dapat menjatuhkan maruah dan menjejaskan karier profesionalnya.

Berdasarkan pembelaan defendan, beliau mengaku menulis surat kepada Majlis Pengamal Perubatan Malaysia dan menegaskan bahawa kenyataan tersebut bukan berbentuk fitnah. Defendan juga mendakwa, aduan itu adalah berdasarkan rasa prihatin terhadap kepentingan awam.

Selain itu, defendan juga mendakwa telah mengambil plaintif bekerja atas dasar plaintif adalah graduan Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum mengetahui bahawa Nursyirwan merupakan graduan Fakultas Kedoktoran Universiti Sumatra Utara.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan