Bekas Pengurus Eksekutif Petronas Bebas Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 30 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini Rabu, melepas dan membebaskan seorang bekas pengurus eksekutif bahagian pembekalan dan operasi Petronas Dagangan Berhad daripada tuduhan rasuah yang dihadapinya.

Hakim Rosbiahanin Arifin membuat keputusan itu tanpa memanggil Abdul Jabbar Mohammad, 53, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadapnya.

Keputusan itu dibuat selepas beliau mendengar keterangan 12 saksi pendakwaan.

Abdul Jabbar didakwa menggunakan jawatannya untuk mengarahkan Hasim Bidin daripada Syarikat Hassan Sdn Bhd yang ditawarkan tender di bawah program pembangunan vendor membeli kotak-kotak bagi botol minyak pelincir melalui syarikat yang mempunyai kepentingan secara tidak langsung dengannya, iaitu Geena Enterprise.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Februari 2008 dan Ogos 2009 di Jabatan Pembekalan dan Operasi Petronas Dagangan Berhad di Faber Tower, Taman Desa, Jalan Klang Lama, di sini.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fadzillah Ossman manakala Abdul Jabbat mengendalikan kes itu sendiri.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan