Warga Nepal Buat Persediaan Kirim Wang Luar Negara Dipenjara, Denda

Diterbitkan: Rabu, 29 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang warga Nepal dihukum penjara selama lapan bulan selepas mengaku salah atas tiga pertuduhan membuat persediaan untuk mengirimkan wang keluar dari Malaysia tanpa kebenaran Pengawal Pertukaran wang Asing.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini Azizah Mahmud yang menjatuhkan hukuman itu pada Rabu, turut memerintahkan Karna Bahadur Pun menjalani hukuman itu daripada tarikh tangkap, iaitu 29 September lalu.

Selain itu, Azizah juga mengarahkan supaya Karna menjelaskan denda RM18,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar denda.

Karna yang bertutur dalam Bahasa Inggeris didakwa melakukan kesalahan itu menerusi pekerjanya, Krishna Bahadur Khatri Chhtri yang menerima dan mengisi borang bagi tujuan pembayaran kepada tiga individu di negara asal.

Individu tersebut ialah Ram Bahadur Lama di Gagal Fedi, Kathmandu, yang melibatkan jumlah RM1,950, Dil Bahadur Gurung di Dhading Bansi, Dhading (RM1,258) dan Savita Gurung di Tanhu Damauli (RM1,980).

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 18 dan 22 Mac lalu di nombor 32, Tingkat satu, Jalan Tun Siew Sin, di sini.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 10(1)(a) Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 dibaca bersama Jadual Kelima, Bahagian 2, perenggan 9(a) akta sama yang boleh dihukum di bawah Jadual Kelima, Bahagian 2, perenggan 7(2) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Bank Negara Malaysia, Alvin Ong Heng Kiat dan Mohd Shukri Ahmad Mansur.

Karna yang memaklumkan bahawa dia mempunyai RM5,000 untuk membayar denda merayu supaya mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara.

"Saya telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Isteri saya merupakan seorang guru di Nepal.

"Saya mempunyai ayah yang berusia 70 tahun manakala ibu pula berumur 65 tahun," katanya.

Alvin bagaimanapun, memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang masuk ke negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial.

"Tertuduh sebagai seorang warga asing perlu berfikir dua kali sebelum melakukan kesalahan ini.

"Mahkamah juga perlu mengambil kira kepentingan awam memandangkan perkara ini melibatkan kawalan keluar masuk wang di negara kita," katanya.

Selain itu, tertuduh turut mengaut keuntungan apabila mengenakan bayaran RM1 bagi setiap RM100 yang ingin dihantar keluar negara.

Difahamkan, wang berjumlah RM55,000 juga dirampasa semasa premis tersebut diserbu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan