Pemandu Lori Terlepas Hukuman Gantung Dalam Kes Edar Dadah

Diterbitkan: Rabu, 29 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pemandu lori terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar 753,359 gram methamphetamine atau syabu bernilai lebih daripada RM200 juta pada 2 Mei, tahun lepas.

Bagaimanapun, ia hanya kebebasan sementara buat Lee Yong Toe, 48, apabila dia ditahan polis mengikut Akta Dadah Berbahaya 1985 (Langkah-langkah Pencegahan Khas).

Sebelum itu, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes itu.

Dalam keputusannya, Akhtar berkata pendakwaan gagal membuktikan dadah yang dirampas adalah milik tertuduh dan kegagalan untuk memanggil dua saksi yang penting dan relevan bagi menamatkan kes itu.

"Saya dapati pendakwa telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh berhubung dakwaan ke atasnya dan oleh itu didapati tertuduh tidak bersalah atas tuduhan terhadapnya dan memerintahkan dia dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan," katanya.

Beliau berkata sikap pegawai penyiasat dalam kes itu yang tidak mengendahkan salah laku anggota polis dan memilih agar kes itu disiasat oleh orang lain.

Sikap pegawai penyiasat yang menutup matanya bagi mengelakkan menambah beban ke atas penyiasatan kes itu dan atas sikap itu tindakan perlu dikenakan ke atasnya terutama kerana tidak mencatat kelakuan buruk anggota polis dalam IP," katanya.

Akhtar berkata persoalan paling penting ialah sama ada tertuduh tahu bahawa dia membawa dadah dalam jumlah yang agak banyak.

"Apa yang paling mengejutkan saya ialah tertuduh cuba merasuah konstabel RM100 apabila tahu bahawa dia membawa dadah bernilai RM270juta.

"Sekurang-kurangnya dua orang yang lain yang juga ditangkap berhampiran tempat kejadian yang cukup murah hati bagi menawarkan rasuah setengah juta dan ini sebenarnya menimbulkan suatu kesimpulan tak bersalah daripada bersalah kerana menunjukkan ia bukan di dalam pengetahuan tertuduh dia membawa dadah dalam jumlah yang banyak," katanya.

Lee didakwa mengedar 753,359g methamphetamine bernilai lebih daripada RM200juta dengan seorang lagi lelaki, yang masih bebas, di Jalan Chenderawasih pukul 6.45 pagi pada 2 Mei tahun lepas.

Tertuduh yang berasal dari Taman Iskandar, Johor Baharu, menghadapi hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwa telah memanggil 14 orang saksi dalam kes yang bermula bulan lepas.

Lee diwakili sepasukan empat peguam diketuai Datuk V. Sithambaram manala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Jamil Aripin dengan dibantu oleh Ahmad Fathil Mahmud. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan