Pembantu Teknik Kanan MARA Didakwa Terima Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 28 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pembantu teknik kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Selangor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Selasa, atas dakwaan menerima rasuah daripada seorang kontraktor, tahun lalu.

Rosman Omar, 36, didakwa menerima suapan bernilai RM9,800 daripada Amer Mohd Sarbini, 29, pada 20 Mei 2009 di CIMB Bank Berhad, Tingkat 1, Bangunan Umno, Persiaran Perbadanan Seksyen 14, di sini.

Suapan yang diterima dalam bentuk cek Maybank dari TN Synergy Sdn Bhd itu didakwa sebagai dorongan untuk tertuduh mencadangan kerja-kerja pembaikkan penyelenggaraan awam di Lot 1.47, 1.48 dan 1.49 Kompleks Anggerik Mall di sini, diberikan kepada Syarikat Cytech Ventures.

Suapan itu juga didakwa sebagai dorongan untuk tertuduh mencadangkan kerja-kerja membaik pulih dan pendawaian semula sistem elektrik di lot yang sama kepada Syarikat TN Synergy Sdn Bhd.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ng Siew Wee mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di .bawah Seksyen 24 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh yang berasal dari Rawang, dekat sini dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 4 November depan untuk lantikan peguam.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan