Pegawai Sains Sahkan Air Mani Pada Baju Aaliyah

Diterbitkan: Selasa, 28 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pegawai sains memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Selasa, bahawa terdapat kesan air mani dijumpai pada baju kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati dibunuh, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah.

Aedrianee Reeza Alwi, 29, yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Jabatan Kimia Malaysia Johor, berkata demikian pada keterangannya terhadap tertuduh, Mohannad Taha Ismail yang sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh Aaliyah.

Saksi yang berpengalaman menjalankan analisis dalam kes jenayah seperti bunuh, rogol dan pergaduhan memberitahu, beliau telah memotong bahagian yang mengandungi air mani itu untuk dibuat analisa lanjut.

“Saya temui sperma dan juga spesimen bukan sperma yang bercampur daripada tiga individu. Sel sperma sama dengan spesimen yang diperoleh daripada tertuduh,” kata saksi pendakwaan ke-empat berhubung penemuannya.

Spesimen bukan sperma itu pula didapati datang tertuduh, mangsa dan juga ibu mangsa, Ellina Maulad Mahather, 25, seorang bekas pelayan kelab malam yang juga teman wanita tertuduh.

Selain itu, Aerrianee juga berkata, ujian pada lampin juga mendapati kehadiran air mani, bagaimanapun tiada profil asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh.

Saksi disoal Timbalan Pendakwa Raya Alfred Egin pada pemeriksaan utama.

Dalam kes ini, Mohannad Taha, 25, yang masuk ke negara ini dengan menggunakan visa pelajar dibicarakan atas tuduhan membunuh Aaliyah, tiga tahun pada antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, 12 Oktober 2009.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah sewanya, nombor 9/D3/9, Palazzo Tower, Venice Hill Condominium, Batu 9, Cheras, Hulu Langat, dekat sini.

Dia kini berhadapan dengan hukuman mati jika disabitkan bersalah melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Barisan pembelaan diwakili peguam J.Kuldeep Kumar dan Saranjeet Kaur Sidhu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah bersambung Rabu.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan