Pengarah Syarikat Jaya Supermarket Didakwa

Diterbitkan: Isnin, 27 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pengarah syarikat pembinaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berhubung kes runtuhan bangunan Jaya Supermarket di Seksyen 14 di sini yang meragut tujuh nyawa pada 28 Mei tahun lepas.

Yap Choon Wai, 54, didakwa sebagai pengarah syarikat dan majikan telah gagal untuk memastikan, setakat yang praktik, bahawa orang lain yang bukan pekerjanya tidak terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan ketika kerja-kerja perobohan bangunan di projek cadangan meroboh bangunan pejabat dan kompleks beli-belah dan membina semula bangunan kompleks beli-belah tujuh tingkat dan empat tingkat bawah tanah tempat letak kereta di Jalan Semangat di sini pada 5 petang pada hari kejadian.

Untuk kesalahan itu, Yap didakwa mengikut Seksyen 17 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 19 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selasa lepas, syarikat pembinaan yang dimiliki Yap iaitu syarikat pembinaan C.W.Yap Sdn Bhd didakwa di mahkamah atas tuduhan sama.

Yap yang hadir mewakili syarikatnya mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Aida Farihan Mohd Nawi memohon jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap Yap dan meminta kes itu dibicarakan sekali atas alasan kejadian tragedi itu melibatkan waktu, tarikh dan lokasi yang sama.

Peguam Goh Keng Tat yang mewakili Yap memohon wang jaminan RM1,000 dikenakan ke atas anak guamnya bagi memastikan kehadiran Yap di mahkamah.

"Tambahan pula, syarikatnya masih lagi menjalankan projek di situ. Adalah tidak munasabah bagi dia melarikan diri," katanya.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk kes didengar bersama serta membenarkan Yap diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Hayatul Akmal kemudiannya menetapkan 27 Oktober depan untuk sebutan semula kes itu.

Dalam kejadian 28 Mei tahun lepas, keruntuhan struktur bangunan berlaku di bekas tapak Jaya Supermarket yang mengandungi bangunan pejabat sembilan tingkat dan kompleks membeli-belah empat tingkat.

Kemalangan itu mengakibatkan bahagian empat tingkat bangunan Jaya Supermarket dengan parkir di tingkat bawah tanah runtuh sepenuhnya dan mengorbankan tujuh nyawa.

Kemalangan berlaku ketika kerja perobohan bahagian bangunan itu dijalankan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan