Dua Bekas Pengarah Multi-Code Industries Diarah Bela Diri

Diterbitkan: Isnin, 27 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua bekas pengarah Multi-Code Industries Sdn Bhd, syarikat yang membekal alat ganti kereta, diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas tuduhan melibatkan diri dalam satu penipuan ke atas sebuah syarikat membabitkan RM18 juta, tiga tahun lepas.

Hakim Jagjit Singh membuat keputusan itu terhadap dua pengarah iaitu warga Singapura Gordon Toh Chun Toh, 59, dan Datuk Abul Hasan Mohamed Rashid, 67, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap kedua-duanya.

"Setelah mendengar dan mengambil kira keterangan 31 saksi pendakwaan, saya berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap kes berkenaan.

"Pihak pendakwaan juga membuktikan kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 87A(b) di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Oleh itu, kedua-dua tertuduh diperintah membela diri," katanya.

Dalam penghakimannya, Jagjit Singh berkata beliau berpuas hati dengan bukti dikemukakan pihak pendakwaan berdasarkan keterangan tujuh saksi bahawa Toh menyebabkan pengeluaran deposit tetap sebanyak RM18,146,168.74, di mana RM17,552,275.20 dipindahkan ke akaun Kenanga Investment Bank Berhad (dahulunya dikenali sebagai K&N Kenanga Berhad) tanpa sebarang kuasa manakala Abul Hasan didapati bersubahat dengannya.

"Saya juga berpuas hati bahawa RM17,552,275.20 dibayar atas akaun Kenanga Investment Bank Berhad untuk pembelian 11.1 juta unit saham Multi-Code Electronics Industries (M) Berhad oleh Ace Prelude Sdn Bhd," katanya.

Jagjit Singh kemudian menetapkan prosiding tiga hari bermula 20 Dis depan untuk kedua-dua tertuduh membela diri.

Mengikut pertuduhan pindaan, Toh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Multi-Code Electronics Industries (M) Berhad dengan menyebabkan pengeluaran deposit tetap syarikat itu berjumlah RM18,146,168.74.

Daripada jumlah itu, RM17,552,275.20 dipindahkan ke akaun Kenanga Investment Bank Berhad di Standard Chartered Bank Berhad, No 2 Jalan Ampang, di sini, untuk pembelian 11.1 juta saham oleh Ace Prelude Sdn Bhd melalui satu akaun di Kenanga Investment Bank Berhad.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kenanga Investment Bank Berhad di Aras 2, Menara Pelangi, Jalan Kuning, Taman Pelangi, Johor Bahru antara 26 Mac dan 28 Mac 2007.

Bagi pertuduhan alternatif, Toh didakwa melakukan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM26,045,473.94 milik syarikatnya di Suite 11.2B, Aras 11, Menara Pelangi, No 2, Jalan Kuning, Taman Pelangi, Johor Baharu antara 23 dan 28 Mac 2007.

Bagi pertuduhan pindaan, dia didakwa mengikut Seksyen 87A(b) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (Akta 280) dan boleh dihukum menurut Seksyen 88B akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang RM1 juta dan penjara tidak lebih 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan alternatif, Seksyen 409 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun atau tidak lebih 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Abul Hasan didakwa bersubahat dengan Toh melakukan penipuan sama selain dituduh melakukan pecah amanah terhadap wang berjumlah RM26 juta.

Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di tempat dan waktu sama sepertimana pertuduhan terhadap Toh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Sekuriti Nor Rifhan Raimi Rozi dan Ahmad Faiz Munawar manakala Toh diwakili peguam Kevin Joshua dan Abul Hasan diwakili peguam Ng Aik Guan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan