Suami Isteri Didakwa Memperdagang Wanita Indonesia

Diterbitkan: Jumaat, 24 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan bersama memperdagang seorang pembantu rumah rakyat Indonesia dengan tujuan mengeksploitasi wanita itu. A. Vealu, 41, seorang kontraktor potong rumput dan isterinya S. Poongavanam, 36, bersama beberapa yang lain dituduh memperdagangkan Win Faidaa, 26, di sebuah flat di Jalan Penawar Satu, Sri Wangsa Satu, Jelutong di sini di antara 10 pagi 25 Januari dan 10.30 pagi 13 Sept tahun ini.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang boleh membawa hukuman penjara antara tiga hingga 20 tahun dan denda. Hakim Roslan Hamid membenarkan Vealu diikat jamin sebanyak RM40,000 dengan dua penjamin manakala isterinya pula diikat jamin sebanyak RM30,000 juga dengan dua penjamin. Roslan turut mengarahkan kedua-dua mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Di mahkamah yang sama, Poongavanam turut didakwa atas kesalahan mendatangkan kecederaan kepada Win Faidaa dengan satu alat iaitu seterika panas dan boleh menyebabkan kecederaan parah atau kematian di tempat sama pada 4 Sept pukul 1 petang.

Poongavanam juga mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Bagi pertuduhan itu, Roslan membenarkan dia dijamin dengan wang jaminan sebanyak RM40,000 oleh dua penjamin.

Hakim kemudiannya memutuskan kedua-dua kes disebut semula pada 15 Oktober depan. Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob pada sidang media berkata, ejen pembantu rumah yang menyerahkan mangsa pada pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 19 Akta Antipermerdagangan Orang 2007. Katanya, buat masa ini ejen wanita berusia 39 tahun itu telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan reman selama tiga hari sejak ditahan Selasa lalu berakhir semalam.

"Jaminan itu diberikan bagi membolehkan polis mengumpul dan mengesahkan beberapa fakta berhubung kes berkaitan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan