Sebutan Kes Bunuh Adik Peguam 16 November

Diterbitkan: Jumaat, 24 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini Khamis, menetapkan 16 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes tiga lelaki yang didakwa terlibat dengan pembunuhan adik peguam terkenal, Datuk V.K Lingam.

Majistret Mohamad Ibrahim Mohamad Ghulam menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Yahya yang mewakili pihak pendakwaan.

“Pihak kami masih belum menerima laporan bedah siasat dan laporan kimia untuk diserahkan kepada pihak pembelaan. Justeru itu, kami memohon ditetapkan tarikh baru untuk sebutan,” katanya.

Dalam kes ini, D. Saravanan Kumar, 29, V.Thayalan dan M. Devidasan, kedua-duanya berusia 30, didakwa membunuh V. Rajendran, 52, yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 8.30 malam, 2 Ogos dan 12.03 tengah malam, 3 Ogos lalu di Kuil Audiyar Muniswar, Jalan Puteri, Bandar Puteri, Puchong, dekat sini.

Bagi kesalahan itu, pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mangsa ditemui mati pada 3 Ogos lalu dan dipercayai dibelasah dalam satu pergaduhan berhubung wang kutipan kuil.

Saravanan berkerja sebagai tukang wayar, Thayalan (bekerja sendiri) dan Devidasan (pekerja kilang) diwakili peguam P. Sutheswary manakala peguam S. Thisinayagam bertindak selaku peguam pemerhati bagi keluarga mangsa.

Lingam yang pernah memberi keterangan berhubung video kontroversi yang kononnya seorang lelaki sedang mengatur pelantikan hakim merupakan abang sulung kepada mangsa.

Beliau juga pernah mengiklankan ganjaran sebanyak RM50,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat yang dapat membawa kepada penangkapan individu yang terlibat dengan jenayah tersebut.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan