Buruh Bebas Tuduhan Bunuh Kontraktor

Diterbitkan: Jumaat, 24 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang buruh mengucapkan rasa syukur kerana dapat kembali merasai nikmat kebebasan selepas empat tahun ditahan di penjara atas pertuduhan membunuh seorang kontraktor.

Pritam Singh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan yang dihadapinya berdasarkan keputusan yang Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Zainal Azman Ab Aziz pada Khamis.

Dia sebelum ini didakwa membunuh Khor Ah Boh @ Khor Kok Boon, 58, dengan cara menembaknya pada pukul 11.25 malam, 26 Mac 2006.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan kedai nombor 7, Jalan Telok Panglima Garang, Brickfields, di sini.

Pritam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa kali pertama di mahkamah pada 14 Jun 2006.

Pada penghakimannya, Zainal Azman berkata, kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil seorang saksi penting, Mock Cho Keat yang didakwa sebagai perancang utama kejadian itu telah menyebabkan wujud jurang material yang mencacatkan kes.

"Keterangan saksi ke-sembilan, Took Leong Pin yang juga rakan subahat dalam kes itu juga tidak disokong dengan sebarang keterangan bebas," katanya.

Mock kini menjalani hukuman penjara di Pulau Pinang selepas disabitkan bersalah mengikut Akta Senjata Api.

Berdasarkan keterangan Took, dia mengatakan hanya mendengar bunyi satu tembakan dilepaskan di tempat duduk belakang, tanpa melihat apa yang berlaku.

Keterangan ini berbeza dengan keterangan doktor forensik yang mengatakan sekurang-kurangnya terdapat dua das tembakan daripada dua pucuk pistol yang berbeza.

Zainal Azman juga berpendapat bahawa pengecaman terhadap dua lelaki yang berada dalam kenderaan itu oleh saksi pendakwaan ke-16, Usin Surali yang sedang berjalan kaki semasa kejadian adalah lemah.

Justeru itu, Zainal Azman memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap Pritam.

Beliau telah mendengar keterangan 18 saksi pendakwaan.

Pada prosiding itu, Pritam diwakili peguam Ram Karpal Singh manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hafiz Mohd Yusof yang menyebut bagi pihak Mazlan Jamaluddin.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan