Penolong Pegawai Eksekutif LHDN Dituduh Terima Suapan Diarah Bela Diri

Diterbitkan: Selasa, 21 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Penolong Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dari Cawangan Kuala Lumpur Bandar membela diri atas tuduhan menyetuju terima wang tunai sebanyak RM6,000 daripada seorang kontraktor, lima tahun lepas.

Hakim Rosbiahanim Ariffin menetapkan selama dua hari bermula 4 Oktober depan bagi tertuduh, Miftahhudin Abdullah, 40, membela diri.

Peguam V. Ayyasamy, yang mewakili Miftahhudin, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memanggil tujuh orang saksi pembelaan.

Bagi pertuduhan itu, Miftahhudin didakwa menyetuju terima wang suapan RM6,000 daripada Maimunah Suhor sebagai dorongan untuk mengeluarkan Surat Pengesahan Pendapatan bertarikh 4 Mac 2005 kepada Maimunah di Mentari Channel Food Court,Bangunan Sime Bank, Jalan Sultan Sulaiman di sini pada pukul 5.05 petang, 4 Mac 2005.

Miftahhudin, yang kini digantung tugas, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sebanyak RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mahkamah melepas dan membebaskan Miftahhudin daripada satu tuduhan meminta suapan sebanyak RM6,000 bagi dirinya daripada Maimunah melalui Ainon Samat sebagai dorongan untuk mengeluarkan Surat Pengesahan Pendapatan kepada Maimunah di LHDN Cawangan Kuala Lumpur Bandar, Jalan Kampung Attap di sini pada pukul 11.26 pagi, 1 Mac 2005.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 10(a) (bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rosbiahanim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fadzillah Mohd Ossman gagal membuktikan kes prima facie terhadap Miftahhudin di akhir kes pendakwaan.

"Selepas mahkamah meneliti kesemua hujahan dan keterangan, tertuduh dalam kes ini dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan," kata Rosbiahanim. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan