Mahkamah Rayuan Putuskan Tidak Ada Bidang Kuasa Dengar Rayuan Anwar

Diterbitkan: Isnin, 20 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini Isnin menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pertuduhan liwat beliau kerana ia tidak ada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan perkara berkenaan.

Hakim Datuk Ahmad Maarop yang mengetuai tiga anggota panel berkata keputusan Mahkamah Tinggi itu menolak permohonan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwatnya kerana ia tidak boleh dibuat rayuan disebabkan Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman (CJA).

Beliau berkata ini kerana keputusan itu dibuat ketika perbicaraan sedang dijalankan dan bukan menafikan sepenuhnya hak Anwar.

Panel itu yang terdiri daripada Hakim Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar Ma'ah sebulat suara menolak rayuan Anwar setelah menerima bantahan permulaan yang dibangkitkan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden tanpa mendengar merit rayuan itu.

Dalam bantahan permulaannya, Mohamed Yusof mempertikaikan bahawa keputusan itu bukanlah satu perintah terakhir tetapi hanyalah prosedur dan tidak dimasukkan daripada makna "keputusan" mengikut Seksyen 3 CJA.

Peruntukan Seksyen 3 CJA menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan tidak ada bidang kuasa untuk melayan rayuan mengenai perkara interlokutori yang diputuskan semasa perbicaraan sedang dijalankan kerana keputusan itu dianggap bukan satu perintah terakhir dan tidak menafikan hak sepenuhnya pihak berkaitan.

Bagaimanapun, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar memberitahu bahawa keputusan Mahkamah Tinggi itu boleh dibuat rayuan kerana jika Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan liwat itu, ia adalah satu perintah terakhir kerana ia merupakan berakhirnya pendakwaan.

"Merit rayuan itu hendaklah didengar," kata Karpal Singh yang merpersoalkan kenapa pendakwaan takut untuk meneliti sedalam-dalamnya merit rayuan berkenaan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Ogos menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan liwat beliau.

Ini merupakan percubaan Anwar kedua untuk membatalkan pertuduhan itu. Kali ini ia berdasarkan alasan bahawa sikap tidak berpihak keseluruhan pihak pendakwaan telah dikompromi kerana dakwaan ada hubungan sulit antara penuduh Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan seorang anggota pasukan pendakwaan, timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif.

Anwar mendakwa bahawa berikutan dengan hubungan sulit itu, Mohd Saiful Bukhari akses kepada maklumat kes berkenaan dan menafikan beliau satu perbicaraan yang adil.

Permohonan pertama beliau untuk membatalkan pertuduhan itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan keputusan tersebut dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 4 Mei lepas.

Alasan beliau ialah laporan perubatan berkenaan menyatakan bahawa tidak ada tanda penerapan masuk ke rektum Mohd Saiful Bukhari.

Anwar, 63, menghadapi perbicaraan atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari di unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, pada 26 Jun 26, 2008.

Kes itu dijadual disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.

Anwar dan anggota keluarga hadir pada proseding mahkamah itu.

Selepas keputusan dimaklumkan, Karpal Singh memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa beliau akan memfailkan rayuan mengenai keputusan itu di Mahkamah Persekutuan esok.

"Keputusan itu tidak boleh diberikan sokongan dan tidak masuk akal, malangnya kita terikat dengannya," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan