Dua Syarikat Pembinaan Akan Didakwa Sebabkan Bangunan Runtuh

Diterbitkan: Isnin, 20 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua syarikat pembinaan dan seorang pengarah salah sebuah syarikat pembinaan terbabit akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, berhubung kes runtuhan Jaya Supermarket di Seksyen 14, Petaling Jaya pada 28 Mei tahun lepas, yang mengorbankan tujuh nyawa.

Dua buah syarikat berkenaan akan didakwa esok, manakala pengarah syarikat terbabit pula akan didakwa pada 27 Sept, masing-masing di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, menurut kenyataan media Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor pada Isnin. Kesemua mereka masing-masing akan didakwa di bawah seksyen 15(1) iaitu sebagai majikan, telah gagal untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerja; dan seksyen 17(1) iaitu sebagai majikan, telah gagal untuk menjalankan pengusahaannya dengan cara memastikan, setakat yang praktik, bahawa orang-orang lain, yang bukan pekerjanya, yang mungkin tersentuh oleh pengusahaannya itu tidak terdedah kepada risiko kepada keselamatan dan kesihatan.

Menurut kenyataan berkenaan, kesemua mereka boleh dihukum di bawah seksyen 19 Akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Dalam kejadian 28 Mei tahun lepas, lebih kurang pukul 5 petang, keruntuhan struktur bangunan telah berlaku di bekas tapak Jaya Supermarket yang mengandungi bangunan pejabat sembilan tingkat dan kompleks membeli-belah empat tingkat di Jalan Semangat, Seksyen 14, Petaling Jaya.

Kemalangan itu telah mengakibatkan bahagian empat tingkat bangunan Jaya Supermarket dengan parkir di tingkat bawah tanah runtuh sepenuhnya dan mengorbankan tujuh nyawa.

Kemalangan berlaku ketika kerja perobohan bahagian bangunan tersebut sedang dijalankan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan