Perbicaraan Permohonan Anwar Untuk Menggugurkan Pertuduhan Isnin Ini

Diterbitkan: Jumaat, 17 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perbicaraan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai penolakan Mahkamah Tinggi untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap beliau dijadual Isnin ini.

Panel Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Ahmad Maarop membenarkan permohonan peguam Anwar, Karpal Singh untuk menangguhkan rayuan itu ke tarikh tersebut bagi membenarkan beliau menyediakan hujah-hujah mengenai isu bidang kuasa mahkamah itu untuk mendengar perkara berkenaan.

Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membangkitkan bantahan permulaan bahawa Anwar tidak ada hak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kerana perintah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, bukan perintah yang terakhir.

Karpal Singh berkata beliau memerlukan masa untuk menyediakan hujah-hujahnya kerana Mohamed Yusof tidak memberikan sebarang petanda kepadanya bahawa beliau akan membangkitkan isu tersebut.

Peruntukan Seksyen 3 Akta Kehakiman Mahkamah yang menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayan rayuan mengenai perkara interlokutori akan diputuskan dalam perbicaraan kerana keputusan itu dianggap bukanlah perintah terakhir.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 16 Ogos yang menolak pemohonan beliau untuk membatalkan pertuduhan liwatnya.

Ini merupakan percubaan kedua Anwar untuk membatalkan pertuduhan itu. Pada kali ini atas alasan bahawa sikap tidak berpihak oleh keseluruhan pasukan pendakwaan itu telah dikompromi kerana dakwaan hubungan sulit antara penuduh Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan seorang anggota pasukan pendakwaan, timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif.

Beliau mendakwa bahawa berikutan dengan dakwaan hubungan sulit itu, Mohd Saiful Bukhari boleh akses dengan maklumat mengenai kes berkenaan, dan menafikannya daripada perbicaraan yang adil.

Permohonan pertama beliau yang dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 4 Mei tahun ini. Alasan beliau ialah laporan perubatan menyatakan bahawa tidak ada tanda penembusan ke dalam rektum Mohd Saiful Bukhari.

ANwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, bekas pembantu beliau di unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.

Sementara itu, seorang lagi peguam Anwar S.N. Nair memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa berikutan dengan penangguhan itu hari ini, perbicaraan liwat tersebut yang ditetapkan untuk sebutan pada Isnin akan ditanguhkan ke Selasa ini. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan