Ragut: Pengawal Keselamatan Dipenjara 2 Bulan

Diterbitkan: Khamis, 16 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Takdir 'menemukan' seorang pengawal keselamatan dengan mangsa ragutnya selepas secara kebetulan mereka berada di sebuah balai polis pada waktu yang sama.

Pada kejadian 1 Ogos lalu, Norhisham Yaacob dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, di sini, kerana disyaki terlibat dengan kesalahan jenayah manakala Arifah Ramizah Zulkifli hadir untuk membuat laporan mengenai kejadian ragut yang menimpanya.

Bukan sekadar mengecam Norhisham, Arifah Ramizah, seorang pembantu jurujual turut mengenal pasti barangan peribadinya yang ditemui bersama Norhisham.

Pada Rabu, Norhisham dihukum penjara selama dua bulan bermula daripada tarikh tangkap selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan meragut mangsa pada pukul 7.09 petang, 1 Ogos lalu.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani.

Tertuduh mengaku meragut beg tangan mangsa yang berisi wang tunai RM600, telefon bimbit Nokia E66, kamera digital Nikon Coolpix, mykad dan kad bank ATM yang semuanya bernilai RM1,500.

Kesalahan itu dilakukan semasa teksi yang dinaiki mangsa dan teman lelakinya berhenti di Jalan Pekeliling, di sini, yang mana tertuduh mengambil kesempatan untuk membuka pintu penumpang yang tidak berkunci.

Tertuduh juga membaling sebatang kayu ke arah teman lelaki mangsa yang cuba mengejarnya.

'Kegembiraan' tertuduh yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan bagaimanapun hanya seketika apabila dia ditangkap di Jalan Sarikei Off Jalan Pahang, pada hari yang sama.

Pada prosiding Rabu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Abu Hassan Ramli.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan