Jiran Bunuh Ustazah, Anak Dihadapkan Ke Mahkamah

Diterbitkan: Khamis, 16 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Jiran kepada seorang ustazah dan anaknya yang ditemui mati di rumah mereka di Port Dickson pada 2 September lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu terhadap pertuduhan membunuh dua beranak itu.

Ali Tan Abdullah, 34, dituduh membunuh Norliza Ishak, 35, dan anaknya Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, di B5-1-09B, Flet Win Min, Pasar Baru, Port Dickson di antara 3.15 petang, 2 September hingga 10.15 pagi, 3 September lepas.

Ali Tan, pekerja pemasang paip gas industri, didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh.

Majistret M. Mageshwary kemudian memutuskan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mahmud Abdullah kerana kes pembunuhan itu berlaku di kawasan itu.

Beliau menetapkan 18 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Tertuduh diwakili peguam John Fernandez. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan