Penolong Pegawai Tanah Bebas Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 9 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jumaat lebih bermakna bagi Penolong Pegawai Tanah Mohamad Omar apabila dia dilepas dan dibebaskan hari ini dari dua tuduhan rasuah pada 2005.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Zainol Saad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohamad, 50, yang kini bertugas di Pejabat Tanah dan Daerah Langkawi.

Keterangan saksi juga menunjukkan bahawa pengadu tidak yakin sama ada akan memperoleh geran selepas mendapatkan kerjasama daripada Mohamad untuk mengukur tanah, kata Zainol.

Bagi pertuduhan pertama, Mohamad yang ketika itu Penolong Pegawai Tanah di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Muda didakwa memperolehi suapan berjumlah RM4,000 daripada K. Rajah di Lot 1100, Mukim Semeling, Sungai Petani pada 2.30 petang 23 Oktober 2005.

Pertuduhan kedua pula, dia didakwa memperoleh wang suapan dalam jumlah yang sama daripada K. Rajah di lokasi sama pada pukul 2.30 petang, antara 24 Okt hingga 30 Okt 2005. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan