Dua Rakyat Malaysia Palsukan Kad Kredit Di Vietnam Dipenjarakan

Diterbitkan: Khamis, 9 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah mahkamah Vietnam menjatuhkan hukuman penjara kepada dua rakyat Malaysia kerana menggunakan kad kredit dan pasport palsu untuk mencuri wang.

Vietnam News Agency (VNA) melaporkan mahkamah umum di Ba Ria Vung Tau menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan kepada Pan Buang Seng, 24, dan 24 bulan penjara kepada Tan Yong Soon, 30.

Kedua-dua mereka dibicarakan pada Isnin di daerah itu yang terletak di kawasan pantai di tengara negara tersebut.

VNA melaporkan Pan dan Tan menerima kad kredit dan pasport palsu tersebut daripada seorang lagi rakyat Malaysia yang tinggal di Bandar Raya Ho Chi Minh selepas mereka memasuki Vietnam menerusi Lapangan Terbang Tan Son Nhat pada 24 Ogos lepas.

Mereka dilapor bersetuju menggunakan dokumen terbabit untuk penipuan pengeluaran wang dengan balasan 10 peratus daripada pengeluaran tersebut.

Sehari kemudian, pada 25 Ogos, kedua-dua mereka ke Vung Tau dan menggunakan kad kredit palsu untuk mengeluarkan US$10,275 daripada mesin ATM di hotel tempat mereka menginap dan menyerahkan US$8,000 kepada pemberi dokumen itu.

VNA melaporkan polis Ba Ria Vung Tau hanya mengambil masa sehari untuk mengesan dan menangkap kedua-dua mereka. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan