Bapa Khairul Arif Mengaku Salah Miliki Bahan Letupan - Berita Mahkamah | mStar

Bapa Khairul Arif Mengaku Salah Miliki Bahan Letupan

Diterbitkan: Khamis, 9 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Bapa kepada Khairul Arif Ayub, 6, kanak-kanak yang terbunuh dalam kejadian letupan mercun di sini baru-baru ini mengaku salah atas dakwaan memiliki bahan letupan terdiri dari mercun dan bunga api.

Ayub Abd Rahman, 29, mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret, Mohd Erman Che Mat, di sini, Khamis.

Ayub, seorang buruh, didakwa memiliki mercun dan bunga api di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Seri Nilam, Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, di sini, pada pukul 3 petang 22 Ogos lepas.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) itu, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Ketika merayu jaminan dikurangkan, Ayub berkata beliau tidak memiliki wang yang banyak kerana hanya bekerja sebagai buruh dan kes letupan itu turut melibatkan anak tunggalnya.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda sebelum itu menawarkan jaminan sebanyak RM2,000.

Mohd Erman yang membenarkan jaminan sebanyak RM1,800 dengan seorang penjamin menetapkan 22 September ini untuk tarikh jatuh hukum.

Turut kelihatan berada di mahkamah isteri tertuduh, Kamariah Sufian, 25.

Media melaporkan dalam kejadian letupan pada kira-kira 12.30 tengah hari itu, Khairul Arif maut selepas dikatakan tercampak ke atas pokok setinggi 15 meter akibat letupan di sebuah rumah yang dikatakan dijadikan stor simpanan mercun dan bunga api itu.

Kanak-kanak itu cedera parah di kepala mati di tempat kejadian manakala dua pemuda Mohd Asrizan Muda, 22, dan Mazlan Abdullah, 29, turut mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan