Warga Aceh Miliki Dadah Dihukum Penjara, Sebat

Diterbitkan: Rabu, 8 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini Selasa, memerintahkan seorang buruh dari Aceh, Indonesia menjalani hukuman penjara selama 11 tahun dan disebat 10 kali selepas mengaku bersalah memiliki ganja.

Hakim Mohd Yazid Mustafa memerintahkan supaya hukuman terhadap Ismadi Muhammad, 29, berkuatkuasa daripada tarikh dia ditangkap, iaitu pada 27 Julai 2006.

Tertuduh didakwa memiliki 2,401 gram ganja pada pukul 3.30 petang, hari yang sama di rumah bernombor 58, Jalan Sentosa 49 KU3, Off Jalan Meru, Klang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadhli Mat Sutris manakala tertuduh diwakili peguam Gurbachan Singh.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan