Polis Bantuan, Penari Didakwa Kurung 3 Warga Sri Lanka

Diterbitkan: Rabu, 8 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELAYANG: Seorang anggota polis bantuan dan sahabatnya, seorang penari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Selasa, atas sembilan tuduhan termasuk mengurung tiga warga Sri Lanka bagi melakukan peras ugut.

Pengakuan M. Elil Valaran, 30, dan A. Francis Xavier, 32, direkodkan di hadapan Majistret Muhammad Najid Ismail.

Bagi tiga tuduhan pertama, mereka didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Samsudeen Sieyadu Ana Mohammadu, Mohamad Mihilar Noor Mohammad Tshahim dan Sehu Mohidee Sharifdeen Sohili dengan menggunakan senjata seperti batang paip dan wayar kabel.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa mengurung semua mangsa secara salah dengan niat melakukan pemerasan supaya keluarga mangsa menyerahkan sejumlah wang.

Pendakwaan bagi kesalahan itu dibuat mengikut Seksyen 347 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi dua pertuduhan akhir di bawah Seksyen 377D kanun sama, mereka didakwa memaksa semua mangsa untuk melakukan kelucahan yang melampau dengan individu lain.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga tempoh dua tahun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 7 malam, 26 Ogos dan 6 petang, 28 Ogos lalu di Lot 46193-11, Flat Cempaka, Jalan Nenas, Tanah Gantian, Sungai Tua, Batu Caves, di sini.

Timbalan Pendakwa Raya Nurhidayah Raihan Md Nasir menawarkan jaminan sebanyak RM54,000 terhadap setiap tertuduh memandangkan kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Bagaimanapun, tertuduh menerusi peguam S. Chelvarajan merayu supaya jumlah itu dikurangkan kerana telah berkahwin dan mempunyai anak.

Muhammad Najid membenarkan jaminan setiap tertuduh sebanyak RM27,000 bagi semua pertuduhan denagn seorang penjamin.

Beliau juga menetapkan 22 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan