Pengawal Keselamatan Didakwa Bunuh Dua Rakan Sekerja

Diterbitkan: Rabu, 8 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Selepas dua minggu, seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini Rabu, atas tuduhan membunuh dua rakan sekerja dalam kejadian tembakan yang berlaku di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini. Abdul Aziz Miew Yong, 36, yang berasal dari Sabah didakwa membunuh P.Mailvaganam, 47, dan S.Gunasilan, 22, pada pukul 5.45 pagi, 27 Ogos lalu di kawasan tempat letak kereta hospital tersebut.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Majistret Liew Horng Bin menetapkan 4 November depan sebagai tarikh sebutan semula untuk mendapatkan laporan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharul Ekhsan Hasim manakala tertuduh tidak diwakili.

Peguam Gerard Lazarus bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga mangsa.

Media sebelum ini melaporkan Mailvanagam yang berasal dari Kuala Lumpur dan Gunasilan dari Taman Sentosa di sini mati selepas terkena satu das tembakan pump gun di dada masing-masing.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati salah seorang rakan mereka yang ditegur oleh mangsa kerana tidur semasa bertugas yang menyebabkan berlaku pertengkarann dan cabar-mencabar.

Semua mereka semasa itu bertugas syif malam. Rakan sekerja mangsa yang baru tiga bulan bertugas kemudiannya menyerah diri di pondok polis HTAR.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan