Ibu Aaliyah Nafi Tak Pandai Jaga Anak

Diterbitkan: Rabu, 8 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ibu kepada kanak-kanak yang mati dibunuh, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah menafikan dakwaan bahawa dirinya tidak mempunyai pengalaman untuk menjaga seorang anak.

Sebaliknya, Ellina Maulad Mahather, 25, berkata, dia menjaga dan mengasuh Aaliyah dari sejak dilahirkan sehingga berusia enam bulan sebelum diserahkan kepada pengasuh selama enam bulan di Subang, dekat sini.

"Selepas itu Aaliyah tinggal bersama saya selama seminggu sebelum dihantar ke kampung untuk dijaga oleh orang tua saya," kata Ellina yang berasal dari Pedas, Negeri Sembilan.

Dia berkata demikian semasa disoal balas oleh peguam J. Kuldeep Kumar di Mahkamah Tinggi di sini Selasa, dalam perbicaraan terhadap bekas teman lelakinya, Mohannad Taha Ismail, 25, yang didakwa membunuh Aaliyah.

Ellina yang pernah bekerja sebagai pelayan kelab malam dan setiausaha di syarikat pembinaan turut menafikan dia seorang yang panas baran, mengabaikan keperluan makanan anaknya, mencubit dan memulas telinga Aaliyah.

"Saya pernah memukul dia dengan menggunakan tangan tetapi tidak kuat. Saya sayang padanya dan bertanggungjawab untuk menjaga dia," tambahnya yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan kedua.

Dia juga mengakui telah tinggal bersama tertuduh selama hampir setahun di beberapa buah apartmen dan kondominium di Puchong Perdana, Bukit Jalil dan Cheras.

Selain itu, dia bersetuju boleh meninggalkan tertuduh dan membawa Aaliyah bersama ataupun membuat laporan polis sekiranya marah dengan perbuatan tertuduh memukul anaknya.

Ini kerana, Ellina pernah berpisah dengan Mohannad Taha yang berasal dari Sudan selama 15 hari sebelum kembali bersama.

"Ya, saya marah apabila Aaliyah dipukul tertuduh. Saya setuju saya boleh mengambil tindakan tegas terhadap tertuduh.

"Tetapi saya tidak bersetuju saya tidak melakukan apa-apa untuk menahan tertuduh daripada terus memukul Aaliyah," katanya dengan tenang.

Dalam kes ini, Mohannad Taha yang masuk ke negara ini dengan menggunakan visa pelajar dibicarakan atas tuduhan membunuh Aaliyah, tiga tahun pada antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, 12 Oktober 2009.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah sewanya, nombor 9/D3/9, Palazzo Tower, Venice Hill Condominium, Batu 9, Cheras, Hulu Langat, dekat sini.

Dia kini berhadapan dengan hukuman mati jika disabitkan bersalah melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada awal kejadian, Ellina turut ditahan polis untuk siasatan selama dua minggu kerana membuat laporan palsu mengatakan Aaliyah didera oleh pembantu rumah Indonesia.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah bersambung Rabu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan