Tharmendran Gagal Peroleh Dokumen Tambahan

Diterbitkan: Selasa, 7 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), N. Tharmendran gagal dalam percubaannya untuk mendapatkan dokumen tambahan seperti surat mesyuarat antara Menteri Pertahanan dengan Panglima TUDM bagi digunakan dalam pembelaanya berhubung pertuduhan bersubahat mencuri dua buah enjin pesawat pejuang.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Hayatul Akmal Abdul Aziz menolak permohonan itu pada Isnin, selepas mendapati permohonan itu tidak mempunyai merit memandangkan pihak pendakwaan telah mematuhi Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah.

Keputusan itu dibuat selepas Hayatul Akmal selesai mendengar hujahan oleh Peguam N.Surendran yang mewakili tertuduh dan hujahan balas oleh pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi.

Surendan berkata, permohonan untuk mendapatkan dokumen tambahan yang turut melibatkan buku log harian yang mencatatkan waktu keluar masuk bilik pengawal dan pas pintu pengeluaran enjin difailkan pada 20 Julai lalu.

“Dokumen tersebut diperlukan untuk membuktikan bahawa tertuduh tidak terlibat dalam konspirasi tersebut,” katanya dan menambah, dokumen itu diperlukan untuk membuktikan kejadian sebenar yang berlaku.

Muhammad Saifuddin membantah permohonan itu dengan alasan pihak pendakwaan telah mematuhi keperluan Seksyen 51A dan telah menyerahkan semua dokumen yang diperlukan kepada pihak pembelaan.

Berhubung siasatan polis terhadap tertuduh yang baru dijalankan pada 11 Jun lalu, Muhammad Saifuddin berkata, siasatan tersebut tidak mempengaruhi pendakwaan selain pihaknya juga tidak mengambil tahu mengenai siasatan itu.

Hidayatul Akmal kemudiannya menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sebelum dibicarakan.

Tharmendran, 42, didakwa di mahkamah pada 6 Januari lalu atas tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi, pada 30 April 2008.

Dia kini berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa bersama seorang pengarah syarikat pembekalan, Rajandran Prasad, 38, yang didakwa dengan sengaja melupuskan dua enjin pesawat TUDM di alamat 49, Jalan TS 6/6, Taman Industri Subang, pada hari yang sama.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan mengikut Seksyen 414 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka juga menghadapi pertuduhan menggubah wang haram sementara Tharmendran yang pernah berkhidmat di Kem Sungai Besi turut menghadapi pertuduhan di Mahkamah Tentera.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan