Keputusan kes Bunuh Syafiah Humaira 22 Sept

Diterbitkan: Selasa, 7 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Nasib pemandu teksi, Mohd Fazli Azri jamil yang didakwa membunuh kanak-kanak, Syafiah Humaira Sahari akan diketahui pada 22 Sept depan.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohtarudin Baki menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan di akhir pembelaan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam perbicaraan sebelum ini.

Keputusan itu bakal menentukan sama ada Mohd Fazli Azri, 28, disabitkan bersalah lalu dijatuhkan hukuman gantung ataupun dibebaskan daripada tuduhan yang dihadapi sejak tujuh bulan lalu.

Tertuduh yang merupakan kekasih kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz didakwa membunuh mangsa dengan cara menendang dan memijak perut mangsa yang enggan memakai selipar.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 6.30 petang, 25 Februari lalu di padang bola di Jalan Utama, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Syafiah Humaira yang manja dipanggil “Pia’ merupakan anak kedua Siti Nurhanim, 25, seorang bekas pelayan kelab malam hasil perkahwinannya dengan seorang anggota polis, Sahari Usul.

Sahari kini berada dalam tahanan reman kerana sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh.

Siti Nurhanim juga mempunyai seorang lagi anak, Syakimie Iqbal hasil hubungannya bersama tertuduh.

Pada prosiding Selasa, peguam Gurbachan Singh menghujahkan anak guamnya tidak mempunyai niat untuk membunuh Syafiah Humaira, yang mati dengan kesan lebam di tubuh badan.

“Berdasarkan pembelaan tertuduh, dia mengakui sangat menyayangi Syafiah Humaira yang dianggapnya sebagai anak sendiri,” kata Gurbachan merujuk kepada keterangan tidak bersumpah Mohd Fazli Azri yang diberikan dari kandang pesalah.

Turut dihujahkan ialah tertuduh tidak mengetahui bahawa kecederaan yang dialami oleh mangsa boleh mengakibatkan kematiannya.

Selain itu, beliau juga menghujahkan tiada sebab untuk meragui pembelaan tertuduh bahawa kecederaan mangsa adalah disebabkan mereka terjatuh daripada motosikal yang ditunggangi kerana terlanggar bonggol.

“Keterangan saksi pendakwaan mengatakan tertuduh menendang perut mangsa. Tiada bukti lain yang menunjukkan tertuduh menyebabkan kecederaan lain pada mangsa,” katanya.

Syafiah Humaira disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian perut, kepala dan juga abdomen.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani yang memohon mahkamah menyabitkan tertuduh seperti pertuduhan menghujahkan bahawa pembelaan tersebut hanyalah bersifat penafian semata-mata dan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah.

“Pembelaan tertuduh juga bertentangan daripada keterangan saksi pakar yang mengatakan kecederaan dialami Syafiah Humaira tidak konsisten dengan jatuh motor,” katanya.

Idham menambah, pembelaan tertuduh yang mengatakan dia mabuk dan dipengaruhi dadah semasa berada di padang bola hanya ditimbulkan selepas dia dipanggil membela diri.

“Jka benar tertuduh mabuk, sudah pasti dia tidak boleh memandu teksi dan pergi bermain bola pada masa tersebut mahupun boleh membezakan Syafiah dan Shakimi (yang turut berada di padang),” tambahnya.

Berhubung keterangan Siti Nurhanim yang menyokong dakwaan mabuk, Idham berkata, mahkamah perlu berhati-hati apabila menilai keterangan tersebut memandangkan dia adalah saksi yang berkepentingan.

Selain Idham, barisan pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan