Pemandu Lori Cemburu Dihukum Penjara 10 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 6 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Akibat gagal mengawal rasa cemburu, seorang pemandu lori tergamak menikam teman wanitanya sebanyak 16 kali hanya kerana mengesyaki mangsa mempunyai kekasih lain.

Mangsa, P.Reena, 22, ditikam di ruang tamu rumahnya di Desa Mentari, Petaling Jaya, dekat sini, tetapi pisau yang digunakan oleh S.Marathandawan, 29, disorok di longkang Padang Kompleks Sukan Bandar Maran, Maran di Pahang.

Selepas tiga tahun berlalu, Marathandawan menerima balasan atas perbuatannya selepas Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama 10 tahun bermula dari tarikh dia ditangkap, iaitu 15 Mac 2007.

Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S Hasaan Badjenid menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan salah tertuduh bagi pertuduhan pilihan menyebabkan kematian mangsa pada pukul 12.30 tengah hari, 8 Mac 2007.

Tertuduh yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik itu didakwa melakukan kesalahan itu di rumah nombor B4-04-09, Jalan PJS 6/5C, Desa Mentari.

Timbalan Pendakwa Raya Zainal Azwar Kamaruddin menawarkan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Fakta kes menyatakan, tertuduh telah menikam mangsa yang membuka pintu rumah. Mangsa yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri dikejarkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya, dekat sini.

Mangsa disahkan mati pada pukul 1.10 petang, hari yang sama dan sebab kematian ialah kesan tikaman berulang kali pada tubuh badan. Selain 16 tikaman, mangsa juga dihiris sebanyak dua kali.

Dalam usaha meringankan hukuman, peguam T.Suresh merayu mahkamah mempertimbangkan keadaan tertuduh yang mabuk semasa melakukan kesalahan tersebut.

“Tertuduh bukanlah orang yang jahat. Tetapi keadaan yang memaksa yang telah menyebabkan dia melakukan kesilapan yang amat dikesalinya seumur hidup,” tambah Suresh.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan