Eksport 95 Ekor Ular Boa: Peniaga Didenda RM190,000

Diterbitkan: Isnin, 6 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Seorang ahli perniagaan, Wong Keng Ling atau lebih dikenali sebagai Anson Wong dhukum penjara enam bulan dan diperintahkan membayar denda RM190,000 kerana mengeksport 95 ekor ular Boa, dua minggu lalu.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Zulhelmy Hassan pada Isnin, selepas dia mengaku salah melakukan kesalahan tersebut, dengan meyorokkan ular-ular itu di dalam bagasinya semasa transit dari Pulau Pinang ke Jakarta, Indonesia.

Zulhelmy juga memerintahkan tempoh hukuman penjara ditambah sebanyak 12 bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut.

Tertuduh yang pernah dihukum di Amerika Syarikat kerana mengeksport haiwan sembilan tahun lalu, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 8.50 malam, 26 Ogos lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa kali pertama pada Rabu lalu dan dibenarkan dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan mengikut Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai spesies terancam 2008 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Zulhelmy juga bertanyakan kepada Wong mengapa dia melakukan kesalahan itu.

“Pelanggan saya mendesak supaya saya menghantar ular tersebut sebelum Hari Raya. Dalam usaha untuk mengembirakan hari mereka, saya tersilap membuat keputusan,” jawab Wong.

Dalam usaha meringankan hukuman, peguam M Sivam yang mewakili tertuduh merayu supaya mahkamah mengambil kira pengakuan salah tertuduh yang telah menjimatkan masa mahkamah.

“Ular tersebut juga tidak diseksa atau dicederakan. Ular-ular itu diimport secara sah. Tertuduh hanya tidak mempunyai permit untuk mengeksport,” tambah Sivam.

Beliau juga memohon supaya tiga buah telefon bimbit dan satu komputer riba milik tertuduh yang dirampas dalam serbuan itu dikembalikan semula memandangkan barangan itu tidak mempunyai kaitan dengan kes pendakwaan.

Pegawai Pendakwa Faridz Gohim Abdullah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh untuk mengatasi kejadian seumpamanya yang semakin berleluasa.

“Jika tiada tindakan tegas diambil, ia boleh menyebabkan kepupusan hidupan liar,” katanya dan menambah akta tersebut diwujudkan pada dua tahun lalu untuk melindungi hidupan liar. Faridz juga memberitahu, Malaysia dikenali sebagai pusat transit kepada penyeludupan haiwan disebabkan tindakan individu seperti tertuduh. Beliau juga membantah permohonan Sivam berhubung telefon bimbit dan komputer riba itu atas alasan barangan tersebut mengandungi maklumat dan nama mereka yang disyaki terlibat dalam kegiatan serupa.

Zulhelmy membenarkan permohonan tersebut.

Pada 1998, Wong ditahan di Mexico City dan dihantar pulang ke Amerika Syarikat tiga tahun selepas itu di mana dia dihukum penjara selama71 bulan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan